KAMI BUKAN SEMATA-MATA NAK JUAL JAM, TAPI MENYEBARKAN KEBENARAN YANG TERLALU LAMA TERSEMBUNYI SEJAK JAM DICIPTA...
Artikel Mastika
Januari 2003
Oleh:Norimanah Seman
Jam KeKanan - Ini Bukan Jam Biasa
Zurina Zakariya, 36, kasihan melihat suaminya, Sufian Abdul Rahman yang
sudah bertahun-tahun menderita sakit lelah. Kadang-kadang geram juga
melihat dia menyedut asap rokok tak putus-putus. Bukan Apa, Zurina
bimbang penyakit suaminya itu bertambah parah.
Zurina malas nak
bercakap soal rokok kerana ia akan menjadi punca pertengkaran. Tidak
cukup dengan itu resdung Sufian pula semakin menjadi-jadi. Pantang
terbau tumisan berbelacan, bersinnya memanjang. Kekadang berlarutan
hingga sukar bernafas.
Makan ubat….emmmmhhh….itu bukan cara Sufian.
Biar sakit melarat, makan ubat tidak sekali. "Malas," hanya itu katanya
apabila disuruh Zurina.
Yang membuatkan Zurina naik angin ialah setiap kali pulang dari pejabat Sufian sering mengadu seluruh sendinya sakit.
"Rin, pinggang I sakit. Kadang-kadang sakit kat sini lepas tu kat sini," Sufian menunjuk-nunjukkan tulang belikat dan lututnya.
Nak suruh suaminya makan ubat dia sudah tahu apa jawapannya. Kerana itulah dia hanya mendiamkan diri.
Lama-kelamaan kesian juga tengok suami sakit. Lalu suatu hari dia
teringatkan cara terbaik ‘mengajar’ kedegilan Sufian. Ya, jam tangan
rekaan pakar terapi getaran warna, Dr. Hisham.
Dia pernah mendengar
bahawa jarum jam ciptaan doktor itu bergerak kekanan, bukan ke kiri
seprti jam biasa. Dia juga tahu jam tersebut boleh bertindak sebagai
penyembuh penyakit. "Suruh makan ubat tak nak, tapi bising. Sakit
itulah….inilah," Zurina berleter lalu menghulurkan jam yang baru dibeli
itu kepada suaminya.
Sufian terpinga-pinga menyambut jam pemberian
Zurina. Untuk seketika pening kepalanya membaca nombor yang bermula dari
kanan ke kiri.
"Buat apa pakai jam, I sakit badan bukannya nak tengok jam," Sufian membantah dengan suara meninggi.
"Ini bukan jam biasa bang, ini jam ajaib tau! Boleh sembuhkan banyak
penyakit, dibuat khas untuk orang yang malas makan ubat macam abang,"
Zurina separuh mengusik walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang akan
berlaku.
Hari pertama memakainya Surfian rasa pening-pening dan
mabuk. itu baru tanda awal, belum tau lagi esok-esok macam mana," Zurina
menjawab apabila Sufian mengadu keadaannya.
Setelah seminggu memakainya, Sufian tiba-tiba sakit kepala dan muntah-muntah. Tersembur darah berketul-ketul dari mulutnya.
"iNi semua kau punya fasal. Pakai jam untuk baik konon. Habis paru-paru
aku berlubang, ini semua jam punya hal. Aku tak nak pakai benda ni,"
ugut Sufian.
"Tak apa nanti I tanya doktor," Zurina cuba menenangkan Sufian.
Zurina sebenarnya naik panik kerana dia tidak menduga sampai ketahap
itu perubahan yang berlaku. Tergesa-gesa dia menelefon Dr. Hisham.
"Sufian muntah darah! Ada nanah keluar dari hidung juga,"
"Darah hitam ke merah?" tanya doktor.
"Merah, berketul-ketul," terang Zurina.
"Ini petanda baik, penyakit-penyakit lama keluar," tambah doktor.
Menurut Dr. Hisham, resdung yang dialami Sufian adalah punca utama
hidungnya bernanah. "Muntah darah , menandakan terdapat benda asing
dalam darahnya seperti racun, toksik daripada makanan dan ubat-ubat
kimia. Kesan paling menakjubkan Sufian akan berhenti merokok selepas
memakai jam ini, tengoklah nanti," kata Dr. Hisham.
No comments:
Post a Comment