KAMI BUKAN SEMATA-MATA NAK JUAL JAM
Artikel Mastika
Januari 2003
Oleh:Norimanah Seman
Jam KeKanan - Ini Bukan Jam Biasa
Zurina Zakariya, 36, kasihan melihat suaminya, Sufian Abdul Rahman yang sudah bertahun-tahun menderita sakit lelah. Kadang-kadang geram juga melihat dia menyedut asap rokok tak putus-putus. Bukan Apa, Zurina bimbang penyakit suaminya itu bertambah parah.
Zurina malas nak bercakap soal rokok kerana ia akan menjadi punca pertengkaran. Tidak cukup dengan itu resdung Sufian pula semakin menjadi-jadi. Pantang terbau tumisan berbelacan, bersinnya memanjang. Kekadang berlarutan hingga sukar bernafas.
Makan ubat….emmmmhhh….itu bukan cara Sufian. Biar sakit melarat, makan ubat tidak sekali. "Malas," hanya itu katanya apabila disuruh Zurina.
Yang membuatkan Zurina naik angin ialah setiap kali pulang dari pejabat Sufian sering mengadu seluruh sendinya sakit.
"Rin, pinggang I sakit. Kadang-kadang sakit kat sini lepas tu kat sini," Sufian menunjuk-nunjukkan tulang belikat dan lututnya.
Nak suruh suaminya makan ubat dia sudah tahu apa jawapannya. Kerana itulah dia hanya mendiamkan diri.
Lama-kelamaan kesian juga tengok suami sakit. Lalu suatu hari dia teringatkan cara terbaik ‘mengajar’ kedegilan Sufian. Ya, jam tangan rekaan pakar terapi getaran warna, Dr. Hisham.
Dia pernah mendengar bahawa jarum jam ciptaan doktor itu bergerak kekanan, bukan ke kiri seprti jam biasa. Dia juga tahu jam tersebut boleh bertindak sebagai penyembuh penyakit. "Suruh makan ubat tak nak, tapi bising. Sakit itulah….inilah," Zurina berleter lalu menghulurkan jam yang baru dibeli itu kepada suaminya.
Sufian terpinga-pinga menyambut jam pemberian Zurina. Untuk seketika pening kepalanya membaca nombor yang bermula dari kanan ke kiri.
"Buat apa pakai jam, I sakit badan bukannya nak tengok jam," Sufian membantah dengan suara meninggi.
"Ini bukan jam biasa bang, ini jam ajaib tau! Boleh sembuhkan banyak penyakit, dibuat khas untuk orang yang malas makan ubat macam abang," Zurina separuh mengusik walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.
Hari pertama memakainya Surfian rasa pening-pening dan mabuk. itu baru tanda awal, belum tau lagi esok-esok macam mana," Zurina menjawab apabila Sufian mengadu keadaannya.
Setelah seminggu memakainya, Sufian tiba-tiba sakit kepala dan muntah-muntah. Tersembur darah berketul-ketul dari mulutnya.
"iNi semua kau punya fasal. Pakai jam untuk baik konon. Habis paru-paru aku berlubang, ini semua jam punya hal. Aku tak nak pakai benda ni," ugut Sufian.
"Tak apa nanti I tanya doktor," Zurina cuba menenangkan Sufian.
Zurina sebenarnya naik panik kerana dia tidak menduga sampai ketahap itu perubahan yang berlaku. Tergesa-gesa dia menelefon Dr. Hisham.
"Sufian muntah darah! Ada nanah keluar dari hidung juga,"
"Darah hitam ke merah?" tanya doktor.
"Merah, berketul-ketul," terang Zurina.
"Ini petanda baik, penyakit-penyakit lama keluar," tambah doktor.
Menurut Dr. Hisham, resdung yang dialami Sufian adalah punca utama hidungnya bernanah. "Muntah darah , menandakan terdapat benda asing dalam darahnya seperti racun, toksik daripada makanan dan ubat-ubat kimia. Kesan paling menakjubkan Sufian akan berhenti merokok selepas memakai jam ini, tengoklah nanti," kata Dr. Hisham.
Jika ingin membuat sebarang tempahan mengenai Jam Tawaf boleh la melayari link kami. Kami menyediakan pelbagai jenis Jam Tawaf serta harga yang menarik. Terdapat beberapa jenis perkhidmatan yang kami tawarkan iaitu pembelian secara borong, pembelian secara runcit, penjenamaan serta custom-mate.
ReplyDeleteUntuk Keterangan Lanjut Sila PM..
Contact/Whatsapp : 017-3752590
Wechat : shahfiq_izham
FB Page : https://www.facebook.com/TawafWatchShahfiq?ref=hl